Biopolimer Kitosan Membran Alternatif untuk Sel Fuel
Author: Loh Kee Shyuan / Nur Adiera Hanna Rosli
Publisher : Penerbit UKM
ISBN: 9789672519997
Page:
Year: 2022
Price: RM35
Kitosan adalah biopolimer organik semula jadi yang boleh diperoleh daripada rawatan cangkerang atau kulit makanan laut seperti ketam atau udang. Bahan kitosan boleh dijadikan sebagai membran melalui proses pengubahsuaian kimia untuk digunakan dalam teknologi sel fuel. Penggunaan membran alternatif kitosan ini berpotensi mengurangkan kos bahan sel fuel agar teknologi baharu ini dapat diperluaskan lagi dalam pelbagai aplikasi.
Dalam buku ini, anda akan didedahkan dengan perkara-perkara seperti proses pengubahsuaian kitosan secara kimia, penambahbaikkan prestasi membran kitosan melalui bahan pengisi dan bahan pemplastik serta pencirian sifat-sifat fizikal dan elektrokimia membran terubah suai ini dalam aplikasi sel fuel. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bahan kitosan, buku ini boleh menjadi bacaan rujukan anda.