Bioteknologi Moden Prinsip Panduan Etika: Perspektif Pihak Berkepentingan

RM30.00
9789672514916
2 item(s)
+

Bioteknologi Moden Prinsip Panduan Etika: Perspektif Pihak Berkepentingan

Editors: Nur Asmadayana Hasim, Latifah Amin & Zurina Mahadi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514916
Weight: 0.23kg
Pages: 93pp
Year: 2021
Price: RM30

Buku ini merupakan salah satu daripada hasil yang telah dikumpulkan sepanjang pengarang menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip etika konvensional dan Islam untuk garis panduan etika bioteknologi moden di Malaysia. Umum mengetahui bahawa bioteknologi merupakan bidang yang diuar-uarkan kepentingannya di Malaysia namun sentiasa diperdebalkan berkenaan isu etikanya. Aplikasi bioteknologi moden di Malaysia telah dikawal melalui perundangan Akta Biokeselamatan (2007) dan peraturan-peraturannya. Sehingga kini, aplikasi bioteknologi moden menekankan penilaian risiko aplikasi bioteknologi moden dan kurang penekanan dari sudut etika. Malah, terdapat ramai ahli bioetika telah menyuarakan kepentingan untuk membangunkan satu garis panduan prinsip etika bioteknologi moden di Malaysia. Para pengarang mengambil langkah dengan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan berkenaan prinsip-prinsip etika bioteknologi moden yang sesuai diamalkan di Malaysia. Prinsip-prinsip etika ini dikupas oleh pengarang selain mengetengahkan cadangan pihak berkenaan berkenaan tafsiran yang diguna pakai di dalam Akta Biokeselamatan (2007), Sasaran buku ini adalah untuk dijadikan panduan khususnya kepada badan pengawal atur yang terlibat dalam menguruskan aktiviti berkaitan bioteknologi moden. Buku ini juga bermanfaat kepada para penyelidik dan pihak industri sebagai rujukan dalam menjalankan kajian dan aktiviti berkaitan bioteknologi moden secara beretika. Malah buku ini juga sesuai dijadikan sebagai bacaan buat rakyat Malaysia secara amnya agar pengetahuan dan pemahaman terhadap isu dan prinsip etika bioteknologi moden dapat dipertingkat.

NUR ASMADAYANA HASIM memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan beliau dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2014) dan kini memiliki kelayakan Sarjana Peradaban Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2019). Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap penyelidikan dalam bidang sains dan Islam serta telah terlibat dalam beberapa projek penyelidikan, salah satunya projek Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT), Pembangunan Indikator bagi Prinsip Etika Bioteknologi Moden di Malaysia dan Pembangunan Indeks Pematuhan Penggunaan Plasma Darah dalam Makanan. Beliau juga aktif terlibat dalam beberapa penulisan ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi seperti Science and Engineering Ethics dan Saudi Biological Sciences Journal.

LATIFAH AMIN, PhD adalah Profesor dalam bidang Sains dan Masyarakat di Pusat Pengajian Citra Universiti, UKM dan Felo Penyelidik Utama di Institut Islam Hadhari, UKM. Beliau merupakan Ketua Editor, MALIM South East Asia Journal of General Studies dan Timbalan Presiden (Malaysia) dalam Persatuan Bioetika di Peringkat Asia. Beliau juga telah terlibat secara aktif dalam pelbagai projek penyelidikan dan penulisan ilmiah yang diterbitkan dalam buku dan jurnal berimpak tinggi.

ZURINA MAHADI, PhD adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Citra Universiti. UKM. Bidang penyelidikan beliau ialah Nilai dan Etika dalam konteks Alam Sekitar dan Pembangunan Lestan. Beliau juga bergiat aktif dalam pelbagai projek penyelidikan dan penulisan ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI