​Buah Buton Warisan dan Kosmologi Adat Perpatih

RM40.00
978-967-488-400-0
1 item(s)
+

Buah Buton Warisan dan Kosmologi Adat Perpatih

Authors: Fakhrur Razi Maamor
Publisher: UM Press
ISBN: 978-967-488-400-0
Tahun: 2025
Weight: gsm 
Pages: 113 pp 
Price: RM40.00

Buah buton merupakan ukiran berbentuk tiga-dimensi yang diukir pada bahagian bawah sebatang kayu yang merupakan perlambangan terhadap masyarakat Adat Perpatih di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang menjadi dilema dalam penerokaan ini seperti komplikasi dalam mendapatkan bahan tentang hubung kait antara konteks alam yang berpandukan falsafah alam terkembang jadi guru dengan buah buton yang mempunyai pengaruh daripada Adat Perpatih. 

Perkara ini bersangkut paut dengan penghuraian secara terperinci terhadap perlambangan kehidupan masyarakat adat ini dengan konteks alam yang dikatakan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Selain itu, tiada penulisan khusus terhadap visual buah buton berdasarkan kosmologi yang merupakan antara isu lain dalam penulisan. Oleh itu, tujuan buku ini adalah untuk memahami kebudayaan dan nilai- nilai murni masyarakat adat ini berdasarkan konteks alam terkembang jadi guru. 

Buku ini turut menghuraikan reka bentuk serta kedudukan buah buton secara umum yang terdapat di Luak Tanah Mengandung, Negeri Sembilan bagi melihat persamaannya dengan unsur-unsur yang terdapat pada ukiran kayu Melayu sebagai bahan sokongan. Di samping itu, siri ini turut menilai kaitan subjek tersebut dengan konteks alam terhadap masyarakat Adat Perpatih.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI