Budaya Harian Politik Sarawak
Author: Awang Azman Awang Pawi
Publisher: UM
Press
ISBN: 978-983-100-970-3
Year: 2017
Weight: 0.200 kg
Price: RM58
Buku ini memancarkan isu-isu sosiopolitik Sarawak yang terus
bergema dengan semangat zaman seawal tahun 2005 hingga berlangsungnya pilihan
raya negeri Sarawak ke-10. Detik tersebut ialah pada akhir era pemerintahan Tun
Abdul Taib Mahmud yang terkenal dengan agenda politik pembangunan. Pemerintahan
33 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak pula mempunyai idionsinkrasi yang tersendiri
dan menarik untuk diteliti.
Pada masa yang sama, isu-isu dalaman komponen Barisan
Nasional Negeri Sarawak seperti konflik dalaman SUPP, SPDP, PRS turut diberikan
perhatian kerana apabila isu-isu ini tidak ditangani dengan baik maka akan
timbul perpecahan yang sudah dapat dijangka dalam analisis ini. Isu-isu dalam
parti politik sendiri seperti penjenamaan politik, konstruksi politik cool,
menegakkan hal asasi menerusi undi, kemiskinan bandaran, kesedaran politik
baharu, media baharu dan implikasi kepada politik semasa, debat politik dan
politik debat, memahami budaya politik tempatan kesemuanya diberikan perhatian oleh
penulis. Sementelahan itu, perjuangan parti mengekalkan kerelevanan pada zaman
semasa juga turut dianalisis bagi memberikan pencerahan terhadap situasi
politik Sarawak khususnya dan kesannya terhadap politik Malaysia.
Politik di Putrajaya juga dianalisis kerana situasi politik pusat mempunyai kepentingan tertentu terhadap politik di negeri Sarawak mahupun di Sabah. Kesemua ini dianalisis secara mikro dan permasalahan yang berlaku sebelum jalan penyelesaian dicapai turut dikemukakan. Hampir semua yang dianalisis dan diramalkan didapati tepat dan benar-benar berlaku. Buku ini penting dalam usaha menganalisis situasi pada era pemerintahan Tun Abdul Taib Mahmud agar dapat memahami kesinambungan era pemerintahan seterusnya.