Bukan Ustaz Bukan Peguam
Penulis: Mohamed Hadi AH
Penerbit: ILHAM Books
ISBN: 9789672007159
Muka Surat: 224 pp
Siapakah yang layak untuk menjadi Pegawai Syariah di
sesebuah institusi kewangan Islam? Mereka tidak dianggap sebagai Peguam, bukan
juga sebagai Ustaz. Namun, seorang Pegawai Syariah memikul tugas agama yang
besar, iaitu memartabatkan undang-undang muamalat Islam dalam arus perdana
kewangan Negara. Ada yang menyangka dunia kewangan Islam ini indah-indah
bekala, berelaun lumayan, bersidang di sana-sini, dan mendapat perhatian lensa
media massa. Benarkah begitu?
Buku ini memuatkan catatan santai anekdot penulis, berkenaan perjalanan
akademik beliau, meniti dari satu kerjaya ke kerjaya yang lain sehinggalah
bagaimana penulis boleh ‘mendarat’ dalam dunia institusi kewangan Islam. Para
pembaca juga akan dibawa untuk melihat isu-isu kewangan semasa melalui kaca
mata seorang pengamal bidang undang-undang dan kewangan Islam, misalnya dalam
bab DNA Babi dalam Urusan Kewangan, Indahnya Haram, dan Ayam Sembelih Ayam Tak
Sembelih.
Untuk pengenalan lanjut, sila klik link di bawah:
Prolog Bukan Ustaz Bukan Peguam
11 Kesilapan Pengawai Syariah Dalam Industri Kewangan Islam
==========
DR. MOHAMED HADI AH merupakan anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Latar belakang beliau ialah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah (Kepujian), Sarjana Undang-Undang Perbandingan dan
Doktor Falsafah Undang-Undang, kesemuanya dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelatih dalam kamar di sebuah frma guaman korporat di segi tiga emas ibu kota sebelum diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara, Mahkamah Tinggi Malaya pada Mac 2010.
Beliau pernah bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik di Putrajaya dan pensyarah undang-undang di IIUM sebelum terjun ke bidang kewangan Islam dan menjadi pengurus di Jabatan Syariah sebuah syarikat pengendali takaful di ibu negara sejak Julai 2011. Beliau aktif menulis dengan pelbagai isu dan topik yang meliputi sejarah, politik, agama dan undang-undang. Penulisannya (atau beliau lebih gemar menyebutnya sebagai ‘hasutan’) boleh diikuti di laman facebook beliau iaitu Mohamed Hadi AH.