Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri

RM25.00
9789671746417
6 item(s)
+

Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri

Authors: A. Samad Said
Publisher: Helmy Samad Publications
ISBN: 9789671746417
Weight: 0.2kg
Pages: 122
Year: 2021
Price: RM25

Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri mengisahkan tentang pasangan Mansor dan Zawiah yang dalam perjalanan pulang dari England ke tanah air, dan singgah di India untuk berbulan madu. Mereka singgah di Delhi sebelum ke sebuah tempat bernama Fatehpur Sikri. Mereka ingin berbulan madu dengan melihat kota tinggalan sejarah di Fatehpur Sikri. Fatehpur Sikri digambarkan penulis sebagai kota cinta Shah Jahan seperti Taj Mahal. Di masa yang sama penulis novel ini juga memperkenalkan watak Rehman dan Neeta di Fatehpur Sikri. Pasangan ini, seperti mana banyak keluarga lain di India, bergelut dengan kemiskinan. Hidup mereka begitu sukar dan bergantung hidup hanya dengan pelancong yang datang ke Fatehpur Sikri. Rehman menyara hidup dengan menarik perhatian pelancong untuk menonton beliau membuat aksi terjunan ke dalam kolam di Fatehpur Sikri. Sukarnya hidup Rehman dan Neeta. Bulan mereka jarang-jarang bermadu di Fatehpur Sikri. Terpaksa menyabung nyawa untuk meneruskan hidup. Terlalu berbeza dengan bulan Mansor dan Zawiah yang penuh dengan manis bermadu.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI