Burkholderia pseudomallei Epidemiologi Molekular di Malaysia

RM30.00
9789672515128
2 item(s)
+

Burkholderia pseudomallei Epidemiologi Molekular di Malaysia

Author: Mohamed Kamel Abd Ghani
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515128
Weight: 
Pages: 108
Year: 2021
Price: RM30

Alhamdulilah, syukur kami ke hadrat llahi kerana buku ini telah dapat disiapkan. Penulisan buku
ini bermula dengan hasrat untuk menambah koleksi buku ilmiah dalam bidang kesihatan dan
perubatan, juga menterjemahkan hasil kajian penyelidikan yang telah dijalankan sebagai bahan
rujukan di dalam Bahasa Melayu. Buku Burkholderia pseudomallei: Epidemiologi Molekular di
Malaysia ini dihasilkan daripada penyelidikan yang telah kami jalankan terdahulu. Buku ini sesuai
sebagai bacaan orang awam khasnya mahasiswa yang mengambil bidang Sains Kesihatan,
Sains Hayat, Perubatan dan Diploma Juruteknologi Perubatan. la juga sesuai untuk dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh para penyelidik terutama dalam bidang penyakit berjangkit, yang
mengkaji tentang penyakit Melioidosis. Buku ini ditulis untuk memberi kefahaman kepada
pembaca mengenai bakteria Burkholderia pseudomallei sebagai agen penyebab Melioidosis.
Buku ini juga membincangkan biologi, ekologi, taburan serta manifestasi klinikal dan faktor
risiko penyakit tersebut. Penekanan diberi ke atas aspek epidemiologi molekular yang dapat
membantu menjelaskan taburan penyakit serta mengenal pasti strain-strain yang berjaya
dipencilkan daripada pesakit sama ada ia merupakan strain-strain yang seiras, yang berkaitan
ataupun yang tidak berkaitan. Informasi ini amat penting dalam mengenalpasti kluster strain
B. pseudomallei yang dominan di Malaysia. Diharapkan para pembaca dapat manafaat dengan
mengetahui lebih lanjut mengenai bakteria penyebab penyakit Melioidosis, serta epidemiologi
molekular penyakit ini, dan seterusnya dapat mengambil langkah-langkah pencegahan daripada
jangkitan Melioidosis di Malaysia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI