Cendekiawan Islam Dalam Bidang Sains Dan Teknologi
Author: Farawahida Mohd Yusof, Hafiza Abas
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835217098
Weight: 175g
Pages: 133
Year: 2021
Price: 60.00
Cendekiawan Islam dalam Bidang Sains & Teknologi ini mengandungi 10 bab yang membincangkan pencapaian besar para sarjana dan intelektual Islam serta cabaran yang dihadapi sebagai Tokoh Saintis Muslim. Secara amnya, buku ini mengupas dan mengetengahkan beberapa nama besar sarjana Islam mengikut zaman dalam pelbagai bidang seperti psikologi, sosiologi dan ekonomi, perubatan, kejuruteraan, sains nuklear dan sebagainya yang didorong oleh faktor wahyu atau al-Quran. Kesarjanaan tokoh-tokoh ini adalah bukti kemukjizatan al-Quran sebagai pencetus ilmu dalam peradaban manusia. Buku ini disusun mengikut tahun kemunculan cendekiawan muslim bermula daripada zaman awal sehingga zaman moden. Antara tokoh yang dimuatkan dalam buku ini ialah Haly Abbas atau Ali Abbas, al-Jazari, Ibnu khaldun, APJ Abdul Kalam, Zaghloul El-Naggar, Mahbub ul-Haq, Abdul Qadeer Khan, Atta-Ur-Rahman dan Abdul Aziz Rantisi. Bab-bab dalam buku ini mengisahkan serba sedikit biografi dan sumbangan mereka dalam peradaban manusia sehingga mendapat pengiktirafan di seluruh dunia. Topik yang disusun dalam buku ini diharap dapat memberi pendedahan kepada pembaca tentang sumbangan besar sarjana Islam dalam bidang Sains dan Teknologi dan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Buku ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan umum kepada masyarakat umum.