Cerita Seram Di Penjara Pudu
Author: Nor Shahid Mohd Nor
Publisher: Nuha Books
ISBN: 9789672456384
Weight: 250gsm
Pages: 162pp
Year: 2025
Price: RM28
la dibina di kawasan Hutan Pudu seluas 10 hektar di tapak perkuburan Cina. la diambilalih oleh tentera Jepun yang memerintah Malaya dari tahun 1941-1045.
Tentera Jepun juga mengebumikan ramai tentera yang terkorban selepas menang Perang Dunia Kedua di Malaya. Ini menjadikan kawasan sekitar Penjara Pudu satu tapak perkuburan yang bersar. Roh-roh yang tidak tenang daripada bangsa China,Inggeris dan Jepun sering mengacau mejelma
dalam pelbagai bentuk atau imej yang mengerikan. Paling menonjol ialah di bilik gantung di mana beratus-ratus banduan menerima hukuman gantung dan roh mereka dikatakan berhantu dan mengacau para petugas serta banduan yang masih hidup hampir setiap malam.
Penjara Pudu beroperasi selama 116 tahun sehingga dirobohkan pada tahun 2010 untuk membina pusat perniagaan, hotel dan pangsapuri, menyimpan banyak kisah seram yang menakutkan. Kisah-kisah seram dalam buku ini adalah kisah benar, dialami sendiri oleh kakitangan dan warden. Penjara Pudu selain banduan dalam tahanan terutamanya pada lewat malam dan awal pagi. Gangguan oleh hantu-hantu ini memang menyeramkan, malah ada yang terasa mereka seolah-olah ditolak, dicekik, ditampar atau dicakar. Penulis, selain mengumpul kisah-kisah seram yang dialami oleh kakitangan turut mengalami pengelaman yang serupa.
Penjara Pudu kini dalam lipatan sejarah, tetapi adakah roh-roh yang menghuninya sejak sekian tahun akan meninggalkan kediaman mereka setelah siapnya kompleks perniagaan dan pangsapuri, atau akan kekal di situ dan menganggu penghuni yang baru?
Cerita Seram di Penjara Pudu menyingkap kisah dan misteri yang menarik, sesuai sebagai bacaan untuk semua.