Cerita Untuk Jiwa Daripada Al-Quran
Author: Lia Maryam Binti Faisal et al.
Publisher: Tadabbur Centre
ISBN: 9789671708446
Weight:
Pages: 197
Year: 2022
Price: RM20
Emosi-emosi yang kita rasai dalam menempuh liku-liku kehidupan merupakan satu respons yang lahir daripada fitrah jiwa sebagai seorang manusia. Emosi-emosi yang bersifat semula jadi ini sama ada mampu membawa manusia kepada sesuatu yang baik, iaitu dalam memperoleh keredaan Allah SWT, ataupun dikhuatiri boleh mengundang murka-Nya. Oleh sebab itu, Allah SWT tidak akan pernah menyalahkan dan menjadikan emosi-emosi itu sebagai sebab untuk Dia murka melainkan apabila kita tidak dapat mengawal dan menguruskannya dengan baik. Dirakamkan dalam al-Quran banyak kisah yang memaparkan emosi-emosi yang dirasai oleh golongan yang diredhai oleh Allah. Kisah-kisah tersebut menggambarkan bahawa Dia mengiktiraf segala emosi manusia. Islam dan al-Quran kekal relevan dan sentiasa menyantuni sifat manusia, lalu mustahillah ia akan mengabaikan kepentingan emosi manusia kerana Islam merupakan agama fitrah yang meraikan lumrah.
Keistimewaan
a. Melampirkan kisah-kisah penuh beremosi di dalam al-Quran
b. Bantuan illustrasi untuk membantu penghayatan pembaca
c. Terdapat ringkasan cerita berbentuk peta minda kronologi