Cetera Falsafah - hardback
Author: Bryan Magee
Translator: Khairul Anam
Publisher: IBDE
ISBN: 9789670037356
Weight: 900gsm
Pages: 400pp
Year: 2024
Price: RM99
Buku pengenalan bergambar yang paling lengkap dan komprehensif untuk memahami sejarah falsafah Barat. Merentasi lebih daripada 2,500 tahun pemikiran falsafah, dari zaman Yunani Kuno hingga ke pemikir terbesar abad ini.
KELEBIHAN
✔️Pengenalan Menyeluruh dan Bergambar: Buku ini menawarkan pengenalan yang lengkap dan bergambar tentang sejarah falsafah Barat, menjadikannya mudah difahami oleh pembaca dari pelbagai latar belakang.
✔️Merangkumi 2,500 Tahun Pemikiran Agung: Buku ini membawa anda menjelajahi perjalanan pemikiran falsafah Barat selama lebih daripada 2,500 tahun, dari pemikir Yunani Kuno hingga tokoh-tokoh besar abad ini.
✔️Penyampaian yang Jelas dan Mudah Difahami: Dengan teks yang mudah difahami dan ilustrasi seni yang menarik, buku ini memudahkan pembaca untuk memahami idea-idea yang rumit dan konsep-konsep falsafah yang penting.
--
Sepanjang riwayat hidup manusia, falsafah telah mempengaruhi pelbagai cabang ilmu lain seperti sains, matematik, politik dan agama. Tetapi, apa itu falsafah? Siapakah Socrates, Plato dan Aristotle dari Yunani purba yang menjadi tokoh-tokoh utama perkembangan falsafah dunia? Cetera Falsafah cuba menyingkap perkembangan sisi gelap pemikiran manusia menuju puncak cahaya pengetahuan. Dalam buku yang bergambar dan penuh warna ini, diceterakan sejarah falsafah sejak kelahirannya di Yunani sehingga perkembangan terkini merangkumi abad keemasan falsafah Jerman, Inggeris dan Perancis. Daripada Thales sehingga Karl Popper, buku ini mengajak kita menelusuri kebijaksanaan fikiran umat manusia sekaligus menekankan peri penting falsafah dalam kehidupan seharian.
TENTANG PENGARANG
Bryan Magee dilahirkan pada tahun 1930 di Hoxton, London. Pendidikan tingginya termasuklah di Keble College, Oxford. Selain menjadi ahli falsafah, beliau juga adalah pengarang dan pengacara terkenal British. Ketika menjadi siarawan di British Broadcasting Company (BBC), siri televisyennya telah berjaya mempopularkan pembicaraan falsafah kepada khalayak ramai.