Cina Peranakan Tirok Terengganu: Pengekalan dan Peralihan Identiti
Author: Tan Yao Sua & Kamarudin Ngah
Publisher: SIRD
ISBN: 9789675832703
Weight:
Year: 2012
Page: 102pp
Price: RM18
Pengekalan dan peralihan identiti merupakan dua isu genting yang mempengaruhi kewujudan Cina Peranakan di Negara ini. Hal ini demikian kerana pembentukan identity kumpulan subetnik Cina ini terhasil daripada proses akulturasi oleh orang Melayu yang menyebabkan mereka memperlihatkan dwiidentiti yang unik. Proses akulturasi ini amat bergantung kepada interaksi sosiobudaya yang berlaku secara kerap antara mereka dengan orang Melayu. Selagi factor-faktor asal yang mendorong kekerapan interaksi sosiobudaya ini berkekalan, selagi itulah identiti Cina Peranakan dapat dikekalkan. Pada hakikatnya, oleh sebab perubahan dimensi sosiobudaya, identity Cina Peranakan di Negara ini semakin terhakis.
Monograf ini meninjau isu pengekalan dan peralihan identity sekumpulan Cina Peranakan yang menetap di negeri Terengganu. Generasi tua kumpulan Cina Peranakan ini masih mengekalkan identity Cina Peranakan yang asal. Namun, dalam kalangan generasi muda, sudah berlaku peralihan identity. Walau bagaimanapun, tahap peralihan identity ini berbeza antara generasi kedua dengan generasi ketiga masa kini. Sementara generasi kedua masa kini masih mengekalkan kebanyakan penanda identity Cina Peranakan, generasi ketiga masa kini tidak lagi memperlihatkan penanda identity yang boleh mengaitkan mereka dengan Cina Peranakan. Dari perspektif yang lain, peralihan identity kumpulan Cina Peranakan ini juga dapat dilihat dari segi perubahan landskap budaya penempatannya yang menjejaskan keunikan identity kolektifnya sebagai sebuah komuniti Cina peranakan.