Ciri-Ciri Bahasa Arab Fonetik, Morfologi & Sintaksis Edisi Kedua
Author: Mohd Zaki Abd.Rahman,Che Radiah Mezah
Publisher: UOM Press
ISBN: 9789812320957
Weight: 9789673444762
Pages: 116pp
Year: 2016
Price: RM30
Rujukan terkini bahasa Arab dalam bahasa Melayu ini mengulas ciri-ciri bahasa Arab dalam aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Dalam analisis fonetik, didapati aspek makhraj dan sifat mempengaruhi perubahan dan penggunaan huruf dalam bahasa Arab. Buku ini juga menjelaskan bahawa huruf bukan sahaja menuntut penyusunan yang serasi dalam setiap perkataan, tetapi juga menuntut kadar yang ekonomik dalam penggunaannya supaya tidak berlaku pembaziran dalam pertuturan. Di peringkat morfologi, huruf-huruf tertentu membentuk morfem yang beraneka jenis dalam melicinkan mekanisme perubahan pola yang menampakkan keunikan bahasa Arab sebagai bahasa bersifat infleksi. Dalam aspek sintaksis, penyusunan kata dalam sesuatu ayat memerlukan keserasian dalam hal-hal yang berkaitan dengan genus, bilangan dan ketepatan dalam meletakkan baris yang sesuai pada akhir setiap kata