Ciri Pemisah Antara Islam dan Zindik
Origin: Faysal al-Tafriqah Baina al-Islam wa al-Zandaqah
Author: Imam al-Ghazali
Translator: Farhan
Affandi dan Anwar Yusof
Publisher: Inisiatif
Buku Darul Ehsan
ISBN: 9789671549742
Year: 2018
Pages: 98 pp
Price: RM20.00
Takfir, atau kafir -mengkafir, merupakan antara penyakit
yang membawa kepada kemunduran dalam masyarakat Islam berabad lamanya. Melalui
buku Faysal al-Tafriqah baina al-Islam wa al-Zandaqah Imam al-Ghazali dengan
keluasan Wawasan pemikirannya memberi takrif yang jelas kepada takfir. Beliau
meletakkan batasan untuk tidak mengeluarkan orang Islam, walau apa pun
kecenderungannya di dalam perpecahan mazhab, daripada lingkungan Islam selagi
ia bersaksi atas keesaan Tuhan dan kenabian Muhammad.
Buku ini merupakan salah satu buku Imam al-Ghazali yang paling meluas dibaca.
----------
Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058 - 1111 Masehi) adalah pengarang kepada sekitar 70 buah karya dalam bidang fekah, tasawuf, ilmu kalam dan juga falsafah. Antara karya beliau yang paling terkenal Ialah Ihya` Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasifah (Falsafah) dan al-Mustasfa fi `ilm al-Usul (usul fekah)