Citra Maqaṣid al-Shari’ah: Dari Kelahiran Hingga Kebangkitan
Author: Marwan Bukhari A. Hamid
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158905
Weight:
Pages:
Year: 2021
Price :
Buku ini menelusuri sejarah perkembangan ilmu Maqāṣid al-Sharī‘ah dari zaman wahyu, kemudian meneroka pula zaman generasi sahabat, dan tabi’in, kemudian melihat kepada zaman Imam empat mazhab, Imām Abū Ḥanīfah, Mālik, al-Shāfī‘ī, dan Aḥmad bin Ḥanbal, dan tokoh lain seperti Imām al-Bukhārī seterusnya diikuti dengan tokoh-tokoh selepas mereka, seperti Imām al-Juwaynī, Imām al-Ghazālī, Imām al-‘Izz Ibn ‘Abd al-Salām (sekadar menyebut beberapa nama) dan lain-lain. Terlalu banyak tokoh yang signifikan yang berkaitan dengan perbahasan Maqāṣid al-Sharī‘ah dibahaskan dalam buku ini, yang menjadikan buku ini amat bernilai tinggi.
Membicarakan maudu’ Maqāṣid al-Sharī‘ah adalah tidak sempurna tanpa memberikan perhatian kepada pemikiran Imām Abū Isḥāq al-Shāṭibī dalam bidang Maqāṣid al-Sharī‘ah. Pengarang kitab al-Muwāfaqāt ini memberi impak yang besar dan signifikan kepada perbahasan Maqāṣid al-Sharī‘ah, selepas eranya, sehinggalah kepada era kontemporari pada hari ini.