COVID-19 Impak Dan Cabaran Kepada Sistem Pendidikan

RM35.00
9789672517856
2 item(s)
+

COVID-19 Impak Dan Cabaran Kepada Sistem Pendidikan

Edited: Zamri Mahamod, Anita Abdul Rahman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672517856
Weight: 0.311 kg
Pages: 195pp
Year: 2022
Price: RM35

Pandemik COVID-19 telah mengubah 360 darjah sistem pendidikan negara kita. Kesan penularan wabak ini telah mendatangkan pelbagai isu dan cabaran kepada guru, murid, ibu bapa, KPM dan lain-lain pihak secara langsung ataupun tidak langsung. Jika sebelum pandemik COVID-19 kaedah PdP bersemuka digunakan, tetapi penutupan sekolah atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), maka kaedah PdP dalam talian dan secara luar talian menjadi pilihan. Maka, diperkenalkan kaedah PdP di rumah (PdPR) sebagai alternatif menggantikan PdP secara bersemuka. Namun demikian, pelaksanaan PdPR secara dalam talian ini menimbulkan banyak masalah, isu dan cabaran khususnya kepada guru, murid dan juga ibu bapa. 

Bagi guru, mereka terpaksa menguasai pelbagai aplikasi digital dan lebih banyak bercakap berbanding murid. Bagi murid pula, selain lambat hadir kelas, ada murid yang tidak mengikuti sesi PdP dalam talian kerana tiada peranti pintar dan juga masalah capaian Internet. Bagi ibu bapa pula, ada dalam kalangan mereka tidak dapat menyediakan semua kemudahan PdP dalam talian untuk anak-anak mereka seperti menyediakan telefon pintar atau komputer riba, menyediakan talian Internet, membeli data Internet dan sebagainya atas faktor kemiskinan, Justeru, dalam buku ini, pelbagai isu dibincangkan untuk membantu pembaca terutamanya guru, murid, ibu bapa, masyarakat dan lain-lain pihak berkepentingan akan impak dan cabaran yang mengubah sistem pendidikan negara kita. Turut dibincangkan implikasi dan cadangan mengatasi setiap isu yang dibincangkan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI