​Daerah Beta

RM35.00
9789834603465
Out of stock

Daerah Beta

Author: Azizi Haji Abdullah

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834603465

Weight: 0.31

Pages: 388pp

Year:

Price: RM35

Ketenangan perkampungan baharu ini mula tergugat. Kematian misteri penduduk kampung semacam mangsa pembunuhan bersiri. Malah bayi dalam kandungan juga menderita; lahir tak cukup bulan atau lahir dalam kecacatan. Dalam tertanya-tanya, penduduk kampung dikejutkan dengan tunjuk perasaan penduduk kampung sebelah pada suatu tengah malam. "Kami bantah!!!" jerit kumpulan di sebelah kiri. "Kami bantah!!!" jerit pula kumpulan di sebelah kanan. Tiba-tiba dalam tempik sorak itu meriam air dari kereta perisai polis memuntahkan pelurunya. Nampak air berwarna kekuningan mendesah bercabang-cabang, menyembur kumpulan yang hendak mara merempuh benteng anggota polis antirusuhan itu. Mengapa tunjuk perasaan itu berlaku? Apa sebenarnya yang dibantah oleh mereka? "Daerah Beta" bukan sebarang daerah, ia daerah yang menentukan hidup mati, maruah dan harga diri rakyat yang bertarung dengan karenah penguasa dan birokrat, atas nama pemodenan dan pembangunan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI