Dari Kuala Ke Tanjung: Memoir Seorang Guru Melayu
Author: Mohd. Nor Long
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9836284923
Weight: 450g
Pages: 421
Year: 2004
Price: RM36
Tiga puluh enam bab dalam buku ini memberikan pelukisan dalam enam bidang pendidikan, iaitu pembelajaran di sekolah rendah, pengajian di maktab dan universiti, pengajaran di sekolah menengah, pentadbiran sekolah menengah, kursus, seminar dan lawatan sambil belajar dan pentadbiran pendidikan negari. Merangkaikan keenam-enam bidang ini ialah seorang insan yang lahir di tengah-tengah keluarga dan masyarakat miskin yang menerusi keazaman dan ketabahan yang telah berjaya mendaki mobiliti sosial. Bukanlah tidak ada kos yang harus dibayarnya dalam bentuk suka duka penghidupan yang dilaluinya. Walau bagaimanapun, dia telah membuktikannya. Pembaca yang membaca akan berasa seronok membaca buku ini bukan sahaja dari aspek fakta yang dibawanya, tetapi juga dari aspek rasa yang membalutinya.