Dasar Fiskal Perkembangan dan Isu Semasa

RM40.00
9786297547268
2 item(s)
+

Dasar Fiskal Perkembangan dan Isu Semasa

Author:  Riayati Ahmad & Nurul Aishah Khairuddin
Publisher:   UKM Press
ISBN:  9786297547268
Weight: 0.218
Pages: 138pp
Year: 2023
Price: RM40

Buku ini dihasilkan daripada topik-topik penyelidikan terpilih berkaitan dasar fiskal. Hasil penyelidikan dan input ini telah kami susun semula mengikut kesesuaian agar lebih menarik. Topik-topik pilihan ini dibincang dan dikaji sesuai dengan perkembangan dan pelaksanaan dasar fiskal semasa. la bukan sahaja mengambilkira jumlah hasil dan perbelanjaan sesebuah negara tetapi juga menitikberatkan bagaimana pengurusan fiskal itu dilakukan yang merangkumi penetapan peraturan fiskal, pembaharuan fiskal dan lain-lain.

Buku ini diterbitkan dengan tujuan mengumpulkan semua perbincangan topik-topik penyelidikan terpilih dan ia sesuai dijadikan rujukan para pelajar, pensyarah dan sesiapa sahaja untuk mengetahui dan memahami perkembangan semasa berkaitan pelaksanaan dasar fiskal yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Penekanan dalam buku ini bukan sahaja kepada teori berkaitan dasar fiskal, tetapi juga menitikberatkan isu pengurusan fiskal, penetapan peraturan fiskal, pembaharuan fiskal dan lain-lain. Selain itu, pembuktian secara empirikal beberapa topik terpilih dan juga pelaksanaan dasar fiskal terutama ketika berhadapan dengan cabaran dan krisis semasa seperti ketika berhadapan pandemik COVID-19 turut dibincangkan.

Diharapkan buku ini mampu memberi ilmu berguna kepada disiplin pengajian ekonomi fiskal. Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan buku ini. Ucapan penghargaan ditujukan khas kepada Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya Fakulti Ekonomi dan Pengurusan yang memberi sokongan kewangan untuk menerbitkan buku ini melalui Geran Galakan Penerbitan Buku (GGPB) (EP-2021-048) dan Geran Inisiatif Penyelidikan (GIP) (EP2021-018). Ucapan penghargaan juga diberikan kepada semua pihak termasuk penilai dan para pelajar yang memberi komen dan maklum balas bagi meningkatkan kualiti buku ini. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Penerbit UKM yang menerbitkan buku ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI