Dasar Maklumat Nasional di Malaysia
Author : Mokmin Basri, Zawiyah Mohammad Yusof & Nor Azan Mat Zin
Publisher: UKM Press
ISBN : 9789674121594
Pages: 238 pp
Weight :
Year:
Price : RM 35
Pembuatan dasar maklumat adalah suatu proses yang rumit kerana membabitkan ramai
pelaku seperti kumpulan yang berkepentingan, institusi kerajaan, parti politik, wartawan,
dan komuniti penyelidikan. Setiap kelompok ini mempunyai matlamat, tanggapan, dan
keutamaan yang berbeza-beza. Dalam apa juga domain dasar terdapat banyak program
yang melibatkan pelbagai peringkat kerajaan yang menyumbang kepada suatu keadaan
yang rencam dan ruwet. Keruwetan ini mencabar para penganalisis dasar supaya mencari
jalan mempermudah keadaan bagi memperoleh kefahaman dan kesepakatan dalam
mereka bentuk pembangunan dasar maklumat terutamanya dasar maklumat nasional.
Ini lazimnya melibatkan pembangunan kerangka teori untuk mengenal pasti faktor dan
hubungan kritikal yang perlu diberi keutamaan dan faktor yang tidak diperlu. Dasar
Maklumat Nasional di Malaysia menyedia satu landasan dan forum bagi membincang
dan menilai model dasar maklumat sedia ada secara empirik sert hala tuju penyelidikan
pada masa akan datang. Model dasar maklumat yang baharu dicadang bagi Malaysia
untuk menunjukkan hubung kait antara setiap sektor yang terbabit dengan maklumat
bagi mengelak pertindihan fungsi. Buku ini mampu merangsang pemikiran tentang
percanggahan yang berlaku dalam pembangunan dasar maklumat sekali gus mengajar
pembaca berfikir sebagai penganalisis.