Author: Panel Penyelidikan NUNJI
ISBN: 9789671478400
Price: RM15
Pages: 17
Islam dan demokrasi adalah tajuk utama yang
mengisi wacana Siyasah Syar’iyyah semasa, yang seolah-olah ditakdirkan hidup
malar segar (evergreen) yang sentiasa diperbincangkan tanpa jemu, sama ada
daripada penyokong yang melihat keselarian antara keduanya atau pun pengkritik
yang berpandangan sebaliknya. Buku ini merupakan usaha kecil mentafsir
hubungan di antara Islam dan demokrasi, serta melihat kepentingannya
berdasarkan kepada permasalahan semasa yang sedang kita hadapi di Malaysia ini.