​Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia

RM30.00
9789679427158
5 item(s)
+

Demokrasi, Kepimpinan dan Keselamatan dalam Politik Malaysia

Author: Ghazali Mayudin, Jamaie Hj Hamil, Sity Daud & Zaini Othman
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789679427158
Pages: 241
Year: 2014
Price: RM30
 
Buku ini membincangkan tiga isu yang saling berkaitan – demokrasi, kepimpinan dan keselamatan – yang dijangka telah dan akan mendominasi wacana tentang politik Malaysia. Demokrasi dan keselamatan pula sering dilihat sebagai pola yang berlawanan. Dari sudut pandangan pemerintah, tuntutan demokrasi yang melampau dianggap menjejaskan keselamatan. Manakala, dari sudut pandangan rakyat, kawalan politik dan keselamatan yang ketat dilihat sebagai bercanggah dengan amalan demokrasi. Walau bagaimanapun, demokrasi dan keselamatan diperlukan dalam mana-mana sistem politik dengan syarat soal keselamatan dilandaskan kepada usaha menjamin kesejahteraan hidup masyarakat dan menjamin ruang yang mencukupi untuk mereka melaksanakan hak mereka sebagai warganegara dalam sistem demokrasi. 

Untuk mengharmonikan hubungan demokrasi dan keselamatan ini, kepimpinan perlu mementingkan urus tadbir yang baik dan sensitif kepada kehendak dan aspirasi rakyat supaya kepimpinan itu diterima oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Secara keseluruhannya buku ini berpendirian bahawa demokrasi, kepimpinan dan keselamatan adalah perkara pokok yang penting dalam memastikan kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang stabil dan kukuh. Kepimpinan Malaysia telah melakarkan satu bentuk pengurusan demokrasi yang berbeza dengan amalan yang terdapat di Barat. Mengambil kira faktor seperti struktur masyarakat Malaysia yang rencam, kedudukan geografi Malaysia, perkembangan antarabangsa khususnya ancaman keselamatan yang wujud dalam pelbagai bentuk, kepimpinan Malaysia cuba mengimbangi di antara keperluan untuk mendemokrasikan Malaysia di samping tidak mengetepikan persoalan kepimpinan dan keselamatan negara bangsa.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI