Dialek Geografi Melayu Patani: Varian Waeng

RM30.00
9789672514343
5 item(s)
+

Dialek Geografi Melayu Patani: Varian Waeng

Editor: Rahim Aman, Deela Sinur & Shahidi A.H
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514343
Year: 2021
Pages: 170
Weight: 
Price: RM30.00

Pemetaan dialek Melayu Patani varian Waeng adalah sebuah buku yang membahaskan aspek pemetaan varian Waeng di Thailand bahagian selatan. Enam mukim di daerah Waeng, iaitu mukim Waeng, Lok Chut, Kayu Khlak, Kholok, Maedong dan Erawan mencakupi 30 buah kampung dijadikan lokasi kajian dalam penulisan ini. Pemetaan varian Waeng ini dilakukan dalam perspektif ilmu geografi dialek. Justeru, pemetaan ke atas vokal, konsonan dan leksikal diplotkan dalam bentuk peta-peta peragaan. Berdasarkan pemetaan ke atas vokal, konsonan dan leksikal memperlihatkan bahawa secara umumnya wujud realisasi vokal, konsonan dan leksikal pada semua kawasan yang diteliti, namun masih wujud kesejajaran pada kampung-kampung yang tertentu. Hasil akhir penulisan menyimpulkan bahawa varian Waeng dapat dibahagikan kepada tiga subdialek atau subvarian, iaitu varian asal Waeng, varian pendatang dan varian percampuran.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI