​Dialek Hulu Perak Utara Pendekatan Linguistik Bandingan

RM40.00
3 item(s)
+

Dialek Hulu Perak Utara Pendekatan Linguistik Bandingan

Author: Nurul Habibah Che Rosdi , Rahim Aman & Shahidi A, Ahmad
Publisher:  UKM Press
ISBN:  9789672519669
Weight: 0.435
Pages: 237pp
Year: 2023
Price: RM40

Dialek Hulu Perak Utara (DHPU) atau dialek Reman yang dikenali oleh penduduk setempat merupakan salah satu dialek Melayu yang dituturkan oleh majoriti masyarakat di Hulu Perak yang merangkumi Gerik. Lenggong dan Pengkalan Hulu. Tumpuan kajian dialek di Perak selama ini lebih menumpukan pemerihalan tentang dialek Perak asli berbanding subdialek-subdialek lain yang wujud di Perak, misalnya dialek HPU ini. Walaupun dikatakan sebagai dialek pendatang, namun berbeza keadaanya dengan dialek pendatang lain di Perak atas faktor sejarah. Berdasarkan fenomena inilah penulis berusaha untuk mengetengahkan keistimewaan ciri linguistik dialek HPU berlandaskan pendekatan linguistik bandingan sejarawi.

Kajian ini dilakukan di Hulu Perak Utara, yakni merangkumi daerah Gerik dan Pengkalan Hulu sahaja. Terdapat sembilan varian HPU yang diteliti untuk kajian ini, yakni yang mewakili sembilan buah kampun, iaitu varian Perah (PRH), varian Kerunai (KRN), varian Selarong (SLRG), varian Air Panas (APNS), varian Kuak Hulu, (KHLU), varian Bersia Lama (BSLM), varian Bongor (BNGR), varian Padang Kunyit (PDG KNYT) dan varian Simpang Pulai (SPG PLAI).

Buku ini pada peringkat awalnya adalah sebuah penulisan tesis Doktor Falsafah yang dikemukakan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas judul Klasifikasi dan Rekonstruksi Dalaman Dialek Hulu Perak Utara Purba (DHPUP). Buku bertajuk Dialek Hulu Perak Utara: Pendekatan Linguistik Bandingan ini memanfaatkan rekonstruksi dan klasifikasi dengan menggunakan metodologi perbandingan tradisional yang memperlakukan hakikat perubahan bahasa secara tabii. Justeru, jenis rekonstruksi yang dipilih adalah rekonstruksi dalaman, manakala klasifikasi dilakukan berdasarkan unsur inovasi yang wujud dalam kesemua varian HPU.

Maklumat yang disajikan dalam buku ini merupakan hasil penelitian dan tinjauan penulis sendiri. Hadirnya buku ini dalam khazanah ilmu linguistik bandingan diharapkan dapat memperkayakan lagi rujukan ilmiah dalam bidang ini, di samping dapat digunakan sebagai ilmu 16/Dialek Hulu Perak Utara Pendekatan Linguistik Perbandingan

pengetahuan dalam pengajian dialek HPU, bahkan sebagai sumber asas dalam penyelidikan dialek Melayu Patani di Semenanjung Malaysia. Sesungguhnya, usaha penulisan daripada tesis Doktor Falsafah hingga ke penerbitan buku ini tidak akan berjaya sekiranya tiada gabungan daripada dua individu maha guruku (juga penulis buku ini), Prof. Dr. Rahim Aman dan Prof Madya Shahidi A. Hamid. Terima kasih mencurahkan ilmu linguistik bandingan dan fonologi kepada penulis sejak tahun 2009 Isi kandungan kajian ini juga telah dibaca, dinilai, diulas secara tuntas, dan menerima lontaran idea-idea daripada dua orang pakar linguistik Melayu iaitu Prof. Dr. Mahsun M.S dari Universitas Mataram, Indonesia dan Prof Madya Chong Shin dari Universiti Kebangsaan Malaysia. 
This book analyses the meaning of cyberspace identity theft and its various manifestations from legal perspectives as well as related legislative provisions and case laws in the three jurisdictions. It reveals that while the three countries have taken reasonable response measures, they are not effective enough in tackling such criminal acts It argues that given the ubiquitous nature of the Internet and cyberspace identify theft, a multilateral approach among countries is required through international agreements and the harmonisation of domestic laws to ensure cooperation in the investigation, provision of evidence, extradition and prosecution of criminals, as well as the recognition of foreign evidence and judgments.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI