Digitalisasi Hadis Di Malaysia: Mendepani Isu Dan Cabaran Semasa

RM56.00
5 item(s)
+

Digitalisasi Hadis Di Malaysia: Mendepani Isu Dan Cabaran Semasa

Author: Khadher Ahmad • Amirrudin
Publisher:  UM Press
ISBN:  9789674882716
Weight: 
Pages: pp
Year: 2023.
Price: RM56

Buku ini menyahut seruan perkembangan ICT pada masa kini dalam pengajian hadis dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya membincangkan usaha dan cabaran yang dihadapi oleh banyak pihak dalam usaha pendigitalisasian hadis. Keperluan dalam memelihara dan menjunjung keautoritian serta ketulenan hadis daripada sebarang penyelewengan dan manipulasi oleh musuh-musuh Islam adalah isu dan cabaran yang sangat serius. Antaranya, penyebaran hadis palsu (mawdu’), penyebaran khabar Isra’illiyat dan salah faham dalam tafsiran hadis, golongan antihadis yang mengelirukan umat Islam, serangan jenayah siber terhadap matan hadis dan isu dari sudut kelemahan pemindahan data hadis teks asal ke bentuk digital. Justeru, dengan meneliti beberapa aplikasi, laman web dan perisian, buku ini mencadangkan beberapa keperluan penting bagi membantu pihak pengusaha dan pembangun hadis secara digital agar dapat menjaga dan memelihara hadis dengan sebaik-baiknya melalui panduan dalam buku ini.
Terdapat sepuluh (10) kriteria utama yang sangat penting dalam pembangunan laman sesawang (website) dan aplikasi (apps) hadis yang dicadangkan dalam buku ini dan merupakan kriteria yang sangat penting. Dengan itu, para pelajar, ahli akademik dan penyelidik hadis yang berusaha untuk mendigitalisasikan hadis secara langsung akan dapat mengambil manfaat penting daripada buku ini. Perbincangan dalam buku ini juga boleh dimanfaatkan dan diguna pakai sebagai bahan rujukan utama bidang hadis kepada beberapa kursus yang melibatkan aplikasi dan penggunaan teknologi dan medium internet, pada hari ini di universiti awam dan swasta.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI