Dinamik Keluarga

RM56.00
9789672395225
1 item(s)
+

Dinamik Keluarga

Author: Gregory Koay F.L, Luqman Chuah A, Sumaiya Z.A.
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789672395225
Page: 231 m/s
Year: 2019
Price: RM56

Buku ini membincangkan dinamik institusi keluarga di Malaysia dan menegaskan peri pentingnya memahami dinamik keluarga dengan mendalam bagi merangka dasar dan program intervensi yang bersesuaian. Kandungan buku ini merangkumi sikap generasi muda terhadap perkahwinan, nilai dan keutuhan keluarga, dinamik hubungan ahli keluarga, cara gaya keibubapaan, perapatan serta kualiti komunikasi ibu bapa-anak, faktor perundangan seperti mediasi keluarga, tuntutan nafkah dan sokongan kewangan wanita selepas perceraian.

Topik yang dibincangkan memberi manfaat kepada pembaca untuk memahami dinamik keluarga dari perspektif pembangunan manusia, psikologi, sosiologi dan sosioperundangan. Keunikan buku ini dapat dilihat daripada perkongsian dapatan kajian sosial yang dijalankan oleh penulis dan digabung jalin dengan teori yang berkaitan bagi menjelaskan topik yang dibincangkan. Perbincangan yang komprehensif ini berpotensi dijadikan asas rujukan kepada pembinaan dasar dan pelan tindakan pembangunan modal insan negara. Gaya penulisan yang mudah membuatkan buku ini sesuai untuk orang awam, pelajar, ahli akademik serta para profesional daripada pelbagai disiplin ilmu.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI