Dinamika Perjuangan Agamawan dan Persatuan Ulama’ Kedah Pramerdeka
Author: Abdul Manaf Saad
Publisher: UUM Press
ISBN: 9786294911277
Page: 550 m/s
Year: 2025
Price: RM65
Sebuah karya lengkap, jelas, menarik, penuh maklumat menghurai serta memapar penglibatan agamawan dan Persatuan Ulama’ Kedah membangkit kesedaran sosioekonomi dan politik, serta memimpin rakyat menegakkan syiar Islam, dan perjuangan kemerdekaan negeri Kedah dari 1940 hingga 1957. Buku ini juga menyatakan Pendudukan Jepun sebagai penyemarak perjuangan, dan diikuti ketinggian semangat kesedaran dalam kalangan agamawan dan ulama’ itu sendiri mendorong mereka, dan Persatuan Ulama’ Kedah melancarkan gerakan perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air daripada penjajah British.
Profesor Emeritus Dato Dr. Abdullah Zakaria Ghazali
Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin,
Buku ini dikaryakan berdasarkan penyelidikan Ijazah PhD di Jabatan Sejarah Universiti Malaya, berfokus kepada peranan dan sumbangan agamawan dan Persatuan Ulama’ Kedah dalam perjuangan kemerdekaan Malayasia antara tahun 1940-1957. Kekuatan buku ini adalah nukilannya berpandu kepada sumber yang autoritatif dan berwibawa daripada minit-minit mesyuarat, surat-surat peribadi dalam tulisan jawi yang belum digunakan oleh penyelidik lain. Perbincangannya dibuat secara kronologi dan tematik bagi memudahkan pembaca memahami asas pemikiran, hala tuju, kaedah, matlamat, halangan dan cabaran getir dalam perjuangan agamawan dan Persatuan Ulama’ Kedah ke arah kemerdekaan. Buku ini berjaya mengangkat dan memartabatkan sumbangan agamawan dan Persatuan Ulama’ Kedah dalam arus perdana perjuangan kemerdekaan Malaysia.
Profesor Madya Datuk Dr. Zulkanain Abdul Rahman
Mantan Timbalan Dekan (Pembangunan dan Penyelidikan) FSSS dan Mantan Ketua Jabatan
Sejarah, Universiti Malaya