Dinamika Wacana Politik Malaysia Dan Global
Author: Mohd
Azizuddin Mohd Sani
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-893-5
Year: 2016
Weight: 0.350 kg
Price: RM70
Buku ini bertajuk DINAMIKA WACANA POLITIK MALAYSIA DAN
GLOBAL yang bermaksud coretan berkenaan isu-isu semasa global. Ia adalah hasil
koleksi 116 artikel karya Prof. Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani, ahli
akademik dari Universiti Utara Malaysia dan Kolumnis Berita Harian, yang diterbitkan
oleh akhbar arus perdana Berita Harian bermula pada tahun 2009 sehinggalah
Disember 2015. Antara isu-isu yang dibincangkan secara mendalam di dalam buku
ini ialah berkaitan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) di Malaysia, Tragedi MH370
dan MH17, Komuniti ASEAN dan Konflik Asia Barat. Buku ini juga banyak
membincangkan isu-isu domestik Malaysia dan antarabangsa. Ianya terbahagi
kepada 6 Bab. Terdapat satu bab (Bab 1) khusus membicarakan berkenaan PRU-13.
Peranan politik dan sosio-ekonomi Malaysia terutamanya dasar pendidikan negara
dibincangkan secara mendalam di dalam buku ini (Bab 2 dan 3).
Seterusnya buku ini juga mempunyai puluhan artikel yang cuba
merungkai peranan Malaysia di peringkat antarabangsa dan menganalisa isu-isu
semasa di peringkat Asia Tenggara, Asia Barat dan politik Islam serta global secara
umumnya (Bab 4, 5 dan 6). Secara keseluruhannya, para pembaca akan dapat
mengikuti wacana Malaysia dan global sepanjang beberapa tahun di samping
pengetahuan dan pemahaman tentang isu-isu yang dibicarakan tersebut. Oleh itu,
buku ini amat sesuai untuk pembacaan umum dan para penganalisis hal ehwal
Malaysia dan antarabangsa, wartawan, akademia, ahli politik serta pelajar yang
mengikuti pengajian Malaysia, sains politik, hubungan antarabangsa, dan
pendidikan.