Dinamisme Etnik dan Sosiobudaya Melayu
Author: Muhamad Hasrul Zakariah
Publisher: USM Press
ISBN: Nazaruddin Zainun & Mohamad Omar Bidin
Pages:
Year:
Weight:
Price: RM21
Buku ini mengandungi lapan makalah yang definisi kearifan tempatan tercermin melalui judulnya. Ia memperlihatkan kearifan tempatan dalam pelbagai sudut ilmu sebagai pembuktian yang jelas daripada kandungan makalah yang pertama hingga yang terakhir. Nyata, yang dinamakan kearifan tempatan yang ada itu tidaklah sempit ruang lingkupnya, sebaliknya mampu merentasi sempadan Nusantara. Malah, Malaysia sendiri kaya dengan budaya dan etniknya sendiri terutama di Sabah dan Sarawak.
Hal ini juga menjadi simbolik bahawa kearifan tempatan itu mampu menghubungkan kearifan tempatan dan dunia Melayu dengan masyarakat di rantau Asia seperti masyarakat Jawa dan Vietnam. Takrif ini dikuatkan melalui perbincangan yang terdapat dalam buku ini iaitu aspek bahasa, tradisi, manuskrip, arkeologi tempatan, kesenian sama ada seni ukir mahupun seni bina. Kesemua ini merupakan gabungan cambahan idea dan penyelidik daripada para akademik dalam mempelbagaikan bidang yang berkaitan dengan ilmu kearifan tempatan di rantau ini.