Disiplin Ilmu Tasawuf Yang Autentik: Wahana Pemantapan Pembangunan Modal Insan

Contact us for a price
9789830427010
5 item(s)

Disiplin Ilmu Tasawuf Yang Autentik: Wahana Pemantapan Pembangunan Modal Insan

Authors: Zakaria Stapa
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830427010
Tahun: 2024
Weight: gsm 
Pages:  229pp 
Price: RM18.00

Dalam konteks keilmuan Islam, pendidikan dan pengembangan potensi-potensi kerohanian dilaksanakan dalam lingkungan disiplin ilmu Tasawuf, maka ilmu ini perlu diposisikan pada perspektif yang betul bagi membolehkannya memainkan peranan yang dituntut daripadanya bersama-sama disiplin-disiplin ilmu Islam yang lain, terutamanya Fiqh dan Akidah. 

Justeru dalam tulisan ini kita telah menganalisis sedemikian rupa bagi membersihkan disiplin ilmu ini daripada kekeliruan dan tohmahan yang mencalar citranya serta palitan stigma seleweng yang melekat padanya, sehingga disiplin ilmu ini ditasawur sebagai satu jenis ilmu yang tidak tulen, sesat dan tersasar daripada kemurnian ajaran Islam.

Status ilmu Tasawuf yang autentik dan ortodoks benar-benar bersumberkan tuntutan ajaran Islam itu mesti dipertegaskan dan disebarluaskan di tengah masyarakat supaya semua umat Islam tanpa sebarang rasa ragu mendekati, mempelajari dan mengamalkannya. Pada titik inilah diharapkan boleh bermulanya revolusi ke arah pemantapan jati diri keislaman ummah bagi melahirkan semula tamadun Islam berkualiti tinggi untuk manfaat sejagat.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI