Dunia Pasca-Amerika
Author: Fareed Zakaria
Translator: Amir
Muslim
Publisher:
ITBM
ISBN: 9789830686752
Year: 2011
Weight: 0.200 kg
Price: RM30
“Buku ini bukanlah tentang kemerosotan Amerika tetapi
tentang kebangkitan kuasa lain.” Begitulah Fareed Zakaria memulakan karyanya
yang penting ini. Beliau menjelaskan betapa kini, AS tidak lagi menguasai
ekonomi global, mencatur geopolitik dunia, mahupun mengatasi negara lain dari
segi budaya.
Beliau melihat “kebangkitan kuasa lain.” Iaitu kemaraan
politik dan pertumbuhan ekonomi negara seperti China, India, Brazil, Rusia dan
lain-lain bakal mencorakkan dunia. Bangunan tertinggi, empangan terbesar, filem
terbanyak dikeluarkan dan telefon bimbit yang termaju semuanya dihasilkan
diluar AS. Pertumbuhan ekonomi ini semakin meningkatkan keyakinan politik dan
maruah negara tersebut dan dalam masa yang sama berpotensi menimbulkan masalah
antarabangsa. Apakah yang harus dilakukan oleh AS untuk bergerak maju dalam
suasana antarabangsa yang pesat berubah ini? Apakah yang dimaksudkan dengan
hidup dalam era yang benar-benar global? Semuanya akan dijawab dengan jelas
oleh Fareed Zakaria apabila beliau menggariskan penyebaran kuasa yang sedang
berlaku dan iktibar yang perlu diambil oleh AS daripada sejarah silam untuk
membantunya berdepan dengan cabaran dan peluang dalam dunia pasca-Amerika.
FAREED ZAKARIA ialah hos rancangan CNN, Fareed Zakaria GPS dan pengarang majalah Newsweek International.