Ekonomi Islam: Perlakuan Pengguna, Pengeluar Dan Pasaran
Author: Surtahman Kastin Hasan ar-Raja'ie
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834607036
Weight: 200g
Pages: 171
Year: 2013
Price: RM20
Buku ini membincangkan dua ejen penting dalam ekonomi iaitu pengguna dan pengeluar. Manusia sebagai pengeluar dan pengguna merupakan Khalifah Allah SWT yang berperanan memakmurkan bumi berlandaskan kepada ketentuan-Nya. Perilaku kedua-duanya terpandu dan terarah yang tujuannya semata-mata untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Pengguna yang bernalurikan kebendaan kerap berasa tidak puas dengan setiap kepuasan kebendaan yang mereka nikmati. Mereka menganggap masih ada kekurangan pada dirinya. Pengguna Islam bukan sahaja memerlukan "barang kebendaan" tetapi juga "barang kerohanian". Pengguna Islam tidak terdorong untuk menggunakan apa sahaja yang diingini, tetapi terpandu dan terpilih mengikut keutamaan barang. Begitu juga pengeluar tidak terdorong untuk memenuhi apa sahaja yang pengguna inginkan, tetapi sebaliknya kegiatannya terikat kepada batasan Allah. Keuntungan yang besar tidak menjadi idaman kerana metlamat pengeluaran ialah untik menyahut seruan Allah supaya bekerja, menghindari kemalasan dan berbakti kepada masyarakat dan diri sendiri. Sehingga di pasar pun gelagat kedua-dua ejen ini terus terpandu dengan akhlak Islam, tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya bersaing secara bersaudara dan bekerjasama bukan secara monopoli atau persaingan yang menjatuhkan pesaing. Keadilan dalam soal harga dan agihan tertegak bukan sahaja dalam kalangan yang terlibat dalam urus niaga ekonomi tetapi juga meliputi golongan yang tidak mempunyai harga (golongan miskin dengan masing-masing mendapat bahagiannya sendiri.