​Ekonomi Sufi Manhaj Imam Al-Ghazali

RM45.00
9789834934040
1 item(s)
+

Ekonomi Sufi Manhaj Imam Al-Ghazali

Author:  Surtahman Kastin Hasan 
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka 
ISBN: 9789834934040
Weight: 0.398
Pages: 324pp
Year: 2022
Price: 45

Imam al-Ghazali seorang tokoh pengamal tasawuf yang amat berjasa kerana idea dan pemikirannya yang dinukilkan dalam ratusan buku dan risalah menjadi inspirasi kepada kegemilangan tamadun Islam khususnya dan dunia amnya. Beliau menguasai sebahagian besar ilmu walaupun seorang ahli tasawuf. Dalam bidang ekonomi, Imam al-Ghazali menganggap penciptaan keuntungan yang besar oleh penggiat ekonomi sebagai satu tipu daya, lalu beliau memasukkan nilai-nilai etika dalam ekonomi dengan mempraktikkan akhlak baik dan dalam masa yang sama membuang akhlak perekonomian yang buruk.

Beliau juga menasihatkan penggiat ekonomi agar belajar dan memahami terlebih dahulu peraturan berekonomi sebelum menceburkan diri dalam dunia ekonomi. Melalui pendekatan ekonomi Imam al-Ghazali, harta dan ekonomi yang diusahakan tidak menguasai dan meresap dalam hati manusia, sebaliknya mereka hanya mengambilnya secara sederhana sekadar keperluan yang minimum bagi merealisasikan harta tersebut benar-benar dapat dimanfaatkan sebagai alat untuk mendekatkan diri dan meneruskan kebaktian kepada Allah SWT.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI