???????????????????????????? ???????????????????????? ????????????????????????????
Author: Rahmah Ismail
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679425970
Weight:
Pages: 339
Year: 2003
Price: RM35
Sumber manusia merupakan asset penting kepada sesebuah negara dalam mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang tinggi dan mapan. Jesteru, sumber manusia perlu dibangunkan dan dirancang pebggunaannya supaya dapat dimanfaatkan secara optimum. Berhubung dengan ini, terdapat tiga aspek penting yang perlu diberi penekanan, iaitu ketersediaan sumber manusia, pembangunan sumber manusia dan penggunaan sumber manusia.
Ketersediaan sumber manusia penting kerana ia merupakan punca wujudnya sumber manusia yang ingin dibangunkan. Pembangunan sumber manusia bertujuan meningkatkan kualiti sumber manusia melalui pelaburan modal manusia yang strategik dan berkesan. Perancangan sumber manusia pula bertujuan menggunakan sumber manusia secara efisien dan ini memerlukan teknik tertentu yang melibatkan penggunaan sumber manusia semasa dan masa hadapan.
Buku ini mengupas ketiga-tiga aspek dengan memberi fokus kepada konsep, teori, pengukuran dan bukti empirik. Buku ini mengandungi sebelas bab. Pada bab pertama sehingga ketujuh, kandungan buku ini berkisar kepada ketersediaan manusia seperti penduduk dan migrasi serta pembangunan sumber manusia seperti pendidikan, latihan dan kesihatan.
Bermula daripada bab kelapan, buku ini memuatkan perbincangan tentang perancangan sumber manusia yang termasuk aspek teori dan metodologi, teknik perancangan dan isu perancangan. Pada bab akhir buku ini menyentuh isu dan pengalaman pembanguanan dan perancangan sumber manusia di Malaysia.