​Elemen Kecerdasan Spiritual Islam Untuk Pemimpin Belia

RM33.00
9786294862067
2 item(s)
+

Elemen Kecerdasan Spiritual Islam Untuk Pemimpin Belia

Author: Suriani Sudi, Fariza Md Sham & Phayilah Yama 
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862067
Weight: 0.3kg
Pages: 192pp
Year: 2024
Price: RM33  

Kecerdasan spiritual adalah kemampuan dalaman dan bersifat rohani yang berada dalam hati dan akal, yang bertindak secara cepat dan sempurna. Kecerdasan spiritual Islam pula berasaskan sumber al-Quran dan Hadis. Dalam konteks kepimpinan Islam, kecerdasan spiritual merupakan satu ciri penting yang dinilai dalam pemilihan sebagai seorang pemimpin dalam masyarakat atau organisasi. Hal ini kerana pemimpin adalah golongan yang menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Pemimpin perlu seimbang antara kebolehan dan kecerdikan akal, kemahiran mengurus dengan kecerdasan spiritual supaya ketika melaksanakan tanggungjawabnya, pemimpin mempunyai ketahanan psikologi dan jati diri yang kuat terutama dalam kalangan pemimpin belia masa kini. Konsep kecerdasan spiritual dalam perspektif psikologi Islam mempunyai perbezaan dalam pandangan Barat terutama dalam konteks memaknai hidup yang ada hubungan terus dengan Allah SWT.

SURIANI SUDI, PhD., Pensyarah kanan di Jabatan al-Quran dan Sunnah dan kini merupakan Timbalan Dekan Akademik dan Pengantarabangsaan, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Universiti Islam Selangor (UIS). Berkepakaran dalam bidang hadis, pembangunan insan, spiritual Islam, teknologi dalam pengajian hadis dan telah menghasilkan inovasi gamifikasi hadis (AsasDith). Felo Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD), Panel Perunding Syariah Pusat Kecemerlangan Ummah (PACU) dan Ahli Panel Penyelidikan Yayasan Ikhlas. 
FARIZA MD SHAM, PhD, Professor di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM serta Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM. Berkepakaran dalam bidang psikologi dakwah, pembangunan remaja serta psikologi Islam. Merupakan Ahli Majlis, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Ahli Lembaga Pelawat Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) 2-21-2023 dan Ahli Persatuan International Association Islamic Psychology (IAIP). 
PHAYILAH YAMA, PhD, Pensyarah di Jabatan al-Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam UIS. Ketua Pascasiswazah di Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) dan Duta Pemasaran Antarabangsa UIS untuk negara Thailand. Berkepakaran dalam bidang hadis, takhrij, kajian sanad, liberalisme hadis dan teknologi dalam pengajaran hadis.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI