Ensiklopedia Asnaf dan Skim Agihan Zakat di Malaysia

RM38.00
3 item(s)
+

Ensiklopedia Asnaf dan Skim Agihan Zakat di Malaysia

Author: Azman Ab Rahman I Hasanah Abd Khafidz
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674401436
Weight:
Pages: 296pp
Year: 2015
Price: RM38

Di Malaysia sistem pengurusan zakat berbeza antara setiap negeri namun, mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan zakat diagihkan kepada golongan asnaf seperti yang telah ditetapkan oleh syarak. Ensiklopedia ini mengumpulkan semua maklumat mengenai pengurusan zakat dari setiap negeri di Malaysia termasuk JAWHAR, khususnya yang berkaitan dengan definisi asnaf zakat dan skim bantuan zakat serta cara permohonannya. Semua maklumat yang disediakan untuk memudahkan pembaca dan pemohon memohon bantuan zakat yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan pusat zakat.

Dr. Azman Ab Rahman merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM, berkelulusan Sarjana Muda daripada Universiti al-Bayt, Mafraq, Jordan dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Kemudian memperoleh Sarjana dan Doktor Falsafah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Bergiat aktif dalam bidang penyelidikan dan penulisan khususnya dalam bidang zakat dan fiqh kontemporari. Sentiasa melibatkan diri dalam pembentangan kertas kerja sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Dr. Hasanah Abd. Khafidz merupakan Pensyarah Kanan Pusat Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia sejak Julai 2013 sehingga kini. Sebelum itu, beliau merupakan Pensyarah Kanan di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya pada tahun 2006. Bidang pengkhususan beliau adalah dalam bidang fiqh zakat.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI