Ensiklopedia Pengurusan Zakat Di Malaysia (Siri 1)

RM90.00
9789674403355
2 item(s)
+

Ensiklopedia Pengurusan Zakat Di Malaysia (Siri 1)

Author:  Azman Ab Rahman
Publisher: Penerbit USIM
ISBN:  9789674403355
Weight: 
Pages: 196pp
Year: 2017
Price: RM90

Buku Ensiklopedia Pengurusan Zakat Di Malaysia (Siri 1) ini memfokuskan tentang sistem pengurusan zakat di Malaysia. Bermula dengan sejarah penubuhan Majlis Agama Islam Negeri dan institusi yang diberikan mandat menguruskan sistem pentadbiran zakat sehingga kepada proses dan kaedah pembayaran dan permohonan bantuan zakat. Inisiatif ini diambil sebagai langkah bagi menyelesaikan kekeliruan mengenai isu kutipan dan agihan zakat khususnya dalam kalangan masyarakat awam yang melibatkan pengeluar dan penerima zakat. 

Bagi mencapai hasrat tersebut, buku bercorak ensiklopedia siri pertama yang komprehensif ini telah disusun dengan perbahasan kandungannya dibahagikan kepada 5 bab yang merangkumi Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Fokus utama pembukuan ensiklopedia ini adalah untuk menyampaikan maklumat berkenaan pengurusan zakat di seluruh negeri di Malaysia. Setiap bab meliputi sejarah awal pengurusan zakat di setiap negeri; visi, misi, objektif dan slogan, struktur dan carta organisasi; statistik kutipan serta agihan zakat, dan sebagainya. Diharapkan ensiklopedia ini dapat dijadikan rujukan dan penjelasan kepada pelbagai kemusykilan tentang isu pengurusan zakat dan perkara yang berkaitan dengannya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI