​Ensiklopedia Sastera Melayu

RM170.00
9789836298287
2 item(s)
+

Ensiklopedia Sastera Melayu

Author: Wardati Md. Sheriff
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789836298287
Weight: 
Pages: 419pp
Year: 2024
Price: RM170

Ensiklopedia Sastera Melayu mengandungi sekian banyak maklumat penting tentang khazanah sastera Melayu, baik sastera tradisional mahupun sastera moden, yang terkandung dalam 46 tema besar dan diikuti oleh beberapa subtema yang berkaitan, dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami oleh pembaca sasaran. Maklumat dalam ensiklopedia ini boleh dirujuk dan dibaca secara berasingan bagi memudahkan pembaca mendapatkan maklumat yang perlu dan berkaitan dengan segera dan pantas. Maklumat ini disertai pula dengan ilustrasi, gambar foto dan bahan grafik yang lain; bukan hanya sebagai hiasan tetapi untuk memperjelas dan memperlengkap maklumat yang berkenaan. Ensiklopedia ini ingin mendekati pembaca dengan kebiasaan mutakhirnya. Selain teks yang padat, yang mengajak pembaca menikmati hasil dan pencapaian sastera, pelawaan dibuat kepada pembaca supaya terus menyelidik dan merujuk kepada tema, watak, pengarang, persoalan, genre dan juga kekayaan imaginasinya. Teks ini pula ditambah paparan grafik—foto, garis masa, contoh manuskrip tulisan tangan, sketsa, peta serta petikan dan contoh yang melengkapkan perbincangan. Ensiklopedia ini juga diharapkan dapat mendefinisikan tempat dan tugas sastera dalam masyarakat Malaysia yang sentiasa berkembang dan berubah.Setelah meneliti pelbagai buku yang hamper sama dengan isi kandungan buku ini, penulis mendapati pelbagai kekurangan dalam buku serta artikel yang berkaitan dengan proses analisis data SEM. Dengan mengambil kira segala kekurangan yang terdapat dalam Analisis SEM, penulis mempersembahkan pengetahuan dan teknik analisis terkini yang memberikan peluang kepada bakal penyelidik menghasilkan Model SEM yang boleh diterima oleh semua pakar SEM.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI