Etnik Cina: Asal Sengsara Kini Selesa

RM41.00
9789672200819
5 item(s)
+

Etnik Cina: Asal Sengsara Kini Selesa

Author: Ruzaini Sulaiman & Kamaruzaman Yusoff
Publisher: UMT Press
ISBN: 9789672200819
Weight: 
Pages: 245
Year: 2019
Price: RM41

Impian menyediakan kehidupan yang lebih baik dan selesa untuk ahli keluarga telah menjadi pendorong kuat kepada etnik Cina bertindak berhijrah keluar dari negara China dengan meredah lautan yang luas sehingga mereka dikenali sebagai Lords of the Rim. Mereka mencuba nasib dengan berdepan dua kemungkinan sama ada memperoleh kejayaan dalam hidupnya sehingga tercapai impian mereka atau berdepan dengan kegagalan demi kegagalan sangat dipengaruhi oleh harapan keluarga. Tanggungjawab yang digalas dengan menempuh perjalanan berbahaya di lautan dan berdepan dengan pelbagai kesengsaraan di negara yang dihijrahi bukanlah untuk dirinya sendiri tetapi terhadap keluarga. Semangat untuk mengumpul kekayaan di awal perpindahan mereka ke Tanah Melayu telah menyuntik motivasi kepada etnik Cina untuk menerima apa sahaja jenis pekerjaan dari pengangkut najis sehinggalah kepada penglibatan mereka dalam lapangan perniagaan dan perusahaan. 

Kesukaran dalam membina kehidupan telah diharungi dengan tabah hanya semata-mata untuk mencari kekayaan dan kehidupan yang lebih selesa daripada terus kekal miskin dan melarat di negara sendiri. Kesanggupan menghadapi pelbagai kesengsaraan dalam usaha merealisasikan impian dan harapan keluarga telah menjadikan komuniti ini lebih berjaya di luar negara China berbanding di dalam negara sendiri. Kejayaan yang dikecapi oleh etnik Cina bukan hanya bergantung kepada usaha keras, jimat cermat dan sikap diri sendiri yang tidak berputus asa tetapi jaringan sosial yang dibina olely mereka memainkan peranan yang sangat besar. Jaringan sosial melalui konsep kekeluargaan yang dibina telah menyumbang satu kekuatan dari aspek mental dan fizikal. Sikap bantu membantu dan saling mempercayai dalam unit mereka telah membantu penguasaan mereka dalam pelbagai bidang terutama bidang ekonomi perusahaan dan perindustrian.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI