Etnisiti Dan Konsumerisme Di Malaysia
Author: Kartini Aboo Talib @ Khalid & Nazrin Zaidi
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674124984
Weight: 0.227 kg
Pages: 146pp
Year: 2018
Price: RM35
Perbincangan etnisiti dan konsumerisme merupakan sebuah wahana penting untuk menaggapi dinamika sosial kerana ianya merupakan sebuah pengalaman seharian hampir seluruh masyarakat Malaysia. Buku ini memperlihatkan kosumerisme sebagai titik kepelbagaian wacana dalam konteks pengalaman di Malaysia yang rencam dengan kepelbagaian etnik. Buku ini juga cuba berkongsi beberapa tema yang berkaitan dengan pengguna secara multidimensi termasuk kesedaran pengguna, elemen media, gender, etnisiti dan sentiment pembelian oleh pengguna. Dunia globalisasi dan kemajuan teknologi sama ada melalui komunikasi atau informasi telah menyebabkan wujudnya pelbagai cabaran kepada pengguna sehingga mencetuskan konflik dan ketegangan dalam arus konsumerisme ini. Rasional pengguna malahan berubah dan tidak lagi ditentukan sepenuhnya oleh kapitalisme dan pasaran. Oleh itu, buku ini bermatlamat untuk memberikan perspaktif baharu yang bersifat refleksif kepada pembaca dalam menganggapi urusan transaksi jual beli sebagai pengguna dalam kehidupan seharian.