Etnomatematik & Etnosains Di Alam Melayu
Author: Rohani Ahmad Tarmizi
Publisher: UPM Press
ISBN: 978-967-344-275-1
Year: 2012
Pages: 213 pb
Weight: 0.4 kg
Price: RM48
Ini merupakan tambahan kepada penulisan dalam bidang etnomatematik yang amat kurang. Etnomatematik merupakan kajian tentang matematik yang lahir dalam budaya dan etnik sesuatu kaum. Mengenali etnomatematik merupakan kunci untuk memahami matematik kontemporari yang berkembang daripada susur galur yang sama. Entosains pula merujuk kepada sains yang terbina dalam sesuatu masyarakat dan etnik tertentu. Setiap etnik mempunyai paradigma pemikiran sains yang dipengaruhi oleh budaya, adat resam, tradisi ilmu dan latar belakang masyarakat. Justeru, pendedahan yang dilakukan dalam bidang ini telah membantu mengangkat martabat tamadun masyarakat Melayu pada zaman silam. Buku ini boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan peminat dalam bidang etnomatematik ini untuk mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa, sama ada sebagai suatu input kepada ilmu pengetahuan mahupun garis panduan dalam mengembangkan setiap bidang ilmu yang berkenaan dengan etnomatematik pada masa akan datang.