FAEDAH DI SEBALIK UJIAN DAN MUSIBAH
Author: Imām ‘Izzuddīn bin ‘Abd
al-Salām al-Sulamī al-Dimashqī
Translator: Marwan Bukhari
A. Hamid
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158332
Pages: 44 pp
Price: RM17.00
Kematian dan kehidupan merupakan ujian daripada tuhan untuk menguji manusia dan menzahirkan siapakah antara mereka yang lebih baik amalnya, demikianlah mafhum daripada ayat kedua surah al-Mulk. Dalam risalah ini, penulis iaitu Imām al-‘Izz Ibn ‘Abd al-Salām telah mengupas secara ringkas dan padat mengenai hikmah dan faedah di sebalik ujian, tribulasi, cabaran dan musibah yang menimpa manusia. Dengan mengetahui hikmah dan faedah tersebut, manusia boleh menambah kualiti keimanan dan kehidupan mereka kerana di sebalik setiap perkara baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan, terselit rahsia dan hikmah bagi kaum yang merenung.