Fahaman Syiah dan Keselamatan di Malaysia

RM45.00
9786294862821
7 item(s)
+

Fahaman Syiah dan Keselamatan di Malaysia

Authors: Abdul Halim Daud, Zarina Othman dan Nor Azizan Idris
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862821
Weight: gsm
Pages: 314pp
Year: 2024
Price: RM45

Buku Fahaman Sylah dan Keselamatan di Moloysia adalah mengenal fahaman Syiah dan ancaman terhadap keselamatan nasional di negara ini. Dalam konteks hubungan antarabangsa, la berkait rapat dengan isu agama dan konflik. Berakhirnya Perang Dingin membuka ruang kepada para sarjana untuk memikirkan kembali persoalan keselamatan nasional, terutama berkaitan isu ancaman bukan tradisional. Di Malaysia, Islam diperakul sebagal agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan, dan fahaman Sunni menjadi pegangan penduduk majoriti. Namun, ajaran Syiah laitu fahaman rasmi Republik Islam Iran, telah tersebar di Malaysia terutamanya selepas Revolusi Iran 1979. 

Pada tahun 1996, Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengharamkan fahaman Syiah ini dengan hujah la menyeleweng daripada pegangan Sunni di Malaysia. Kementerian Dalam Negeri Malaysia Juga mengambil tindakan sama menyekat fahaman ini, dibimbangi la boleh mencetuskan ancaman terhadap keselamatan negara. Buku ini menelusuri bagaimana fahaman Syiah mengancam keselamatan nasional Malaysia sedangkan la hanyalah pegangan kelompok minoriti sahaja. Untuk mengukuhkan hasil kajian buku ini, pemerhatian di Iran dan juga beberapa lokasi dalam negara seperti di Selangor, Kedah dan Kelantan telah dijalankan. Temu bual bersemuka dengan pihak berwajib dan kelompok penganut fahaman Syiah di Malaysia dan Iran turut dilakukan. Manakala, teori konstruktivisme dan sekuritisasi digunakan dalam penulisan ini sebagai alat analisis. 

Hasil kajian mendapati antara punca pertembungan fahaman Sunni-Syiah di Timur Tengah adalah disebabkan oleh perbezaan pegangan, isu-isu politik, pemerintahan autokratik dan kelemahan sistem demokrasi di rantau tersebut termasuklah di Iran. Sementara itu, di Malaysia, kelompok Syiah yang menganggap Imam sebagai ketua negara adalah suci dari dosa serta tindakan mencela para Sahabat Rasulullah SAW telah memecah belahkan perpaduan masyarakat Islam di negara ini. Malah ia juga menjejaskan keharmonian agama Islam kerana menggugat nilai-nilai teras negara sedia ada. Walau bagaimanapun, pengharaman fahaman Syiah di Malaysia tidak menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia-Iran. Bahkan, kerjasama sosial dan ekonomi kedua negara ini semakin meningkat. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan untuk pembuat dasar, ahli politik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI