​Falsafah dalam Pengurusan Krisis Alam Sekitar

RM47.00
9786294864269
2 item(s)
+

Falsafah dalam Pengurusan Krisis Alam Sekitar

Author: Zul' Azmi Yaacob
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864269
Weight: 600 gsm
Pages: 401 m/s
Year: 2024
Price: RM 47

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk dinafikan bahawa setiap kejayaan menuntut pengorbanan. Begitulah juga hakikat yang dihadapi apabila alam sekitar seolah-olah terpaksa dikorbankan oleh umat manusia demi mengejar pembangunan dan kemajuan hidup.

Meskipun manusia menyedari isu-isu krisis alam sekitar, mereka seakan berada dalam satu persimpangan atau dilema. Ini kerana pembangunan dan kemajuan bukan sahaja suatu keperluan hidup, bahkan turut disaran oleh agama. Namun begitu, pada masa yang sama, manusia juga menyedari bahawa mereka sangat memerlukan persekitaran yang baik, selesa, serta terpelihara daripada kerosakan dan pencemaran.

Kehidupan yang lestari sentiasa diperjuangkan oleh masyarakat, ditegaskan dalam undang-undang antarabangsa, malah dianggap sebagai tuntutan agama. Akan tetapi, jika dilema ini gagal dirungkaikan secara falsafah dengan tuntas, maka akan muncul satu naratif yang berbahaya — bahawa krisis alam sekitar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan merupakan ‘harga’ yang mesti dibayar demi kejayaan dan kemajuan hidup manusia.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI