Falsafah Ibnu Khaldun
Author: Ahmad Sunawari Long
Publisher:
ITBM
ISBN: 9789674307059
Year: 2015
Weight: 0.200 kg
Price: RM20
Ibnu Khaldun merupakan tokoh pemikir Islam yang terkenal
lagi berpengaruh pada zamannya dan menjadi tokoh negarawan, sejarawan,
ensiklopedia, sosiologis dan ahli falsafah terbilang. Beliau mengarap pelbagai
persoalan dan klasifikasi ilmu termasuk ilmu kalam, ekonomi, falsafah, logik,
politik, psikologi dan sosial yang terangkum dalam perbincangan falsafah.
Beliau juga terkenal sebagai seorang pemikir yang jujur, dan realis yang mengkritik
kelemahan manusia sebagai komponen utama masyarakat yang sukar menerima proses
pembaharuan dan enggan bersikap terbuka terhadap permodenan. Tokoh ini juga
mengetengahkan kaedah analisis kandungan terhadap bahan-bahan, kebolehpercayaan
terhadap sumber, mengenal pasti dalam memahami maksud, menyisihkan kepercayaan
yang akrut serta kegagalan memahami peristiwa dalam konteks yang sebenar.
Sesuai dengan maksud falsafah iaitu hikmah atau kecintaan kepada kebenaran pada judul buku ini, tentunya penerokaan terhadap falsafah Ibnu Khaldun dapat menyegarkan kembali pemikiran pencinta kebenaran. Sebanyak 18 buah kertas kerja daripada 18 orang pengkaji, membincangkan falsafah Ibnu Khaldun secara tuntas.