Falsafah Sains & Teknologi Menurut Al-Quran
Author: Yahaya Jusoh
Publisher: UTM Press
ISBN: 978-983-521-018-1
Year: 2014
Pages:
Weight:
Price: RM35
Buku Falsafah Sains & Teknologi Menurut Al–Quran ini menjelaskan bagaimana Islam berbicara tentang sains dan teknologi yang dibahaskan daripada sekian banyak ayat al–Quran. Falsafah sains Islam berintegrasi dengan tiga bidang ilmu sains,iaitu sains tauhid, sains sosial, dan sains tabii. Ketiga–tiga bidang sains ini berintegrasi antara satu sama lain dan sains tauhid menjadi teras kepada pembangunan sains sosial dan sains tabii. Menurut pandangan Islam, kemajuan sains dan teknologi itu antara lain bertujuan untuk mengenal Allah S.W.T. sebagai Pencipta.
Justeru, kemajuan dan pembangunan dalam bidang sains bertujuan untuk mendapat keredaan Allah S.W.T. Oleh itu, hasil pencapaian sains Islam yang mempunyai wawasan dunia dan akhirat memerlukan kepada cerdik pandai islam atau saintis Islam untuk membuat kajian (R&D) mengenai falsafah sains Islam dalam sains dan teknologi yang lebih integratif dan komprehensif. Umat Islam yang ingin mencapai kemajuan dan ketamadunan dalam bidang sains dan teknologi, hendaklah kembali kepada falsafah sains Islam dan mengaplikasikannya selaras dengan perkembangan sains moden. Buku ini sesuai dijadikan sebagai salah satu khazanah rujukan yang berteraskan falsafah sains dan teknologi menurut al–Quran kepada seluruh masyarakat umum.