Fenomena Tanah Runtuh Pengurusan Cerun dan Penilaian Risiko

RM30.00
9789672519966
1 item(s)
+

Fenomena Tanah Runtuh Pengurusan Cerun Dan Penilaian Risiko

Author: Jimjali Ahmed, Aizat Mohd Taib & Mohd Raihan Taha
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9789672519966
Weight: 0.246
Pages: 162pp
Year: 2022
Price: RM30

Fenomena tanah runtuh telah meragut ribuan nyawa di Malaysia. Melalui pengendalian pengurusan fenomena ini, risiko kepada kepada nyawa, ekonomi dan kesejahteraan negara mampu dikurangkan. Malahan, garis panduan yang sistematik telah pun dilakukan untuk menentukan kriteria risiko dan pendekatan pengurusannya. Garis panduan pembangunan terkini yang berbeza mengikut negeri adalah berdasarkan kecerunan dan zon penampan, la tidak mengambil kira secara kuantitatif bahaya dan akibat kepada nyawa dan harta benda. Pendekatan yang lebih objektif, iaitu menggunakan penilaian kuantitatif risiko (QRA) amat diperlukan. Walau bagaimanapun, kriteria risiko dan kaedah kebarangkalian kehilangan nyawa perlu dibangunkan terlebih dahulu supaya QRA dapat diamalkan di Malaysia. Perkara ini dapat dicapai dengan mengkaji corak kejadian tanah runtuh, mengukur tahap penerimaan risiko masyarakat, menentukan kaedah yang sesuai untuk penganggaran jarak liputan dan membangunkan kaedah pengganggaran kekerapan runtuhan. Rekod kejadian tanah runtuh di Malaysia semenjak 1919 dikumpulkan dan dianalisa bagi mendapatkan hubungan kekerapan kumulatif-kehilangan nyawa dan faktor kerentanan. Dalam buku ini, pembaca dapat memahami kaedah QRA adalah sangat berguna bagi tujuan perancangan, reka bentuk dan penyelenggeraan. Justeru itu, kaedah ini patut dipertimbangkan sebagai komponen penting dalam pengurusan cerun negara serta sebagai satu alternatif kepada kaedah kawalan perancangan pembangunan sedia ada.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI