Filantrofi Memperkasa Kewangan Sosial Islam
Author : Dziauddin Sharif, Rawi Nordin, Noormala Rabu
Publisher : USIM Press
ISBN : 9789674403492
Year : 2017
Weight :
Pages : 292
Price : RM 50
Buku ini merupakan hasil kajian para penyelidik di Center for Islamic Philantrophy and Social Finance (CIPSF), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan rakan- rakan kolaborasi iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Institut Menejemen Zakat (IMZ) Indonesia. Dana pembiayaan kajian ini kebanyakannya datang daripada geran - geran penyelidikan yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Pusat Zakat di Malaysia dan Indonesia. Hasil kajian ini dibukukan berdasaran empat tema iaitu Filantrofi, Wakaf, Zakat dan Kewangan Sosial Islam.
Buku ini Memperkenalkan konsep Filantrofi, Wakaf, Zakat dan Kewangan Sosial Islam di mana kajian-kajian yang dilakuakan adalah berkaitan dengan rangka kerja tadbir urus,instrumen yang digunapakai atau diperkembangkan , realiti pengoperasian dan juga prospek pada masa hadapan. Keempat - empat konsep yang diutarakan ini harus mampu untuk ke hadapan dalam menstabilkan kehidupan masyarakat yang semakin mencengkam tatkala berhadapan kuasa ekonomi dunia yang bercorak kapitalis dan bertujuan keuntungan semata- mata.
Perbahasan buku ini dilanjutkan lagi dengan mengetegahtkan beberapa model dan kajian kes untuk disesuaikan degan persekitaran semasa skop perundangan, rangka kerja pengoperasian dan uruf tempatan. Selain itu, perbahasan fiqh dan maqasid syariah berkaitan isu - isu yang dibangkitkan dalm Filantrofi, Wakaf Zakat dan kewangan Sosial Islam turut diberikan perhatian agar tuju perbincangan tidak tersasar daripada ruang lingkup persempadanan syarak.