FIQH AL-TA'AYUSH: MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN SOSIO-AGAMA
Author: Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, Ahmad Dahlan Salleh & Mohammad Zaini Yahya
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519829
Weight: 590gsm
Pages: 402pp
Year: 2024
Price: RM65
Kemajmukan Malaysia yang terbentuk hasil dari perkembangan beberapa peristiwa yang melatari sejarah negara telah mewarnai keunikan hubungan sosio-agama tempatan. Kerencaman budaya, undang-undang negara dan isu-isunya yang tersendiri telah mencabar keintelektualan sarjana Islam sehingga munculnya seruan melestarikan hubungan sosio-agama menerusi pendekatan Fiqh al-Taayush Malaysia. Walau bagaimanapun, konsep figh kontemporari yang dicanang sebagai solusi kelestarian hubungan sosio-agama ini sering tersirna dengan konsep fiqh hubungan kemasyarakatan silam atau di luar konteks tempatan. Justeru, buku ini mengadunkan "urf, realiti dan keperluan hubungan sosio-agama tempatan yang berkonsepkan integrasi mesra berasaskan ikatan Kontrak Sosial dalam Perlembagaan Persekutuan yang melatari sejarah kemajmukan dan menjiwai prinsip-prinsip kesejagatan Islam dalam berta ayush. Bersesuaian dengan fiqh yang kukuh dalam soal prinsip dan bersifat anjal dari sudut pelaksanaan yang biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran, maka pentafsiran yang mengambil pendekatan tempatan sejauh yang dibenarkan oleh teori Urf diaplikasikan dalam buku ini sebagai hidangan istimewa buat Keluarga Malaysia yang dahagakan solusi kelestarian hubungan sosio-agama.