Fiqh Doa

Contact us for a price
9789672158974
3 item(s)

Fiqh Doa

Author: Shaykh ‘Abd al-Razzāq bin ‘Abd al-Muḥsin al-Badr
Translator: Mushfique Ayub dan Nabila Othman
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789672158974
Weight: 
Pages:56
Year: 2022
Price: RM

Doa merupakan satu ibadah yang istimewa kerana ia menghubungkan di antara seorang hamba dengan Penciptanya. Jika kita mentadabbur kandungan al-Quran, maka kita akan mendapati banyak doa yang diajarkan oleh Allāh 'azza wa jallla kepada kita. Begitu juga apabila kita merenung dalam hadīth baginda şallAllahu 'alayhi wa sallam.

Hal ini menggambarkan kepada kita tentang kedudukan doa dalam agama Islam. Setiap insan diciptakan oleh Allah 'azza wa jallla dalam keadaan lemah. Oleh sebab itu, kita berhajat kepada Allāh azza wa jallla pada setiap masa dan doa merupakan salah satu cara untuk kita memohon pertolongan, keampunan serta kasih sayang-Nya.

Walau bagaimanapun, setiap ibadah itu mempunyai fiqh atau tatacaranya yang tersendiri. Apabila sesuatu ibadah dilaksanakan dengan cara yang betul, maka sudah pasti Allah 'azza wa jallla akan menerimanya. Buku kecil ini cuba memberi kefahaman kepada kita tentang hakikat, tatacara serta garis panduan yang sebenar dalam berdoa.

Karya ini merupakan terjemahan daripada salah satu hasil penulisan Shaykh 'Abd al-Razzāq bin 'Abd al-Muhsin al-Badar - þafizahullāh – dan ia amat sesuai untuk dibaca kerana kandungannya amat mudah difahami serta diamalkan. Mudah-mudahan karya terjemahan ini mampu memberi sedikit kefahaman kepada sidang pembaca dalam bab berdoa serta mengamalkannya dalam melayari samudera kehidupan yang berliku dengan fitnah, ujian dan dugaan. Tiada tempat kembali bagi seorang hamba melainkan kepada Sang Penciptanya Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI